Walaupun Raudhatus Sakinah (RS) Johor baru menjejaki usia setahun pengoperasiannya, namun dalam tempoh itu seramai sepuluh orang bayi telah disempurnakan kelahirannya.
Pagi ini bertempat di Pejabat Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Negeri Johor yang terletak di Taman Desa Skudai, berlangsunglah majlis penyerahan anak angkat yang ke sepuluh kepada keluarga angkat, dalam suasana sedikit sayu tetapi damai.
Semuga anak yang dilahirkan dalam keadaan suci besih ini akan membesar menjadi insan soleh, di bawah asuhan dan bimbingan keluarga angkat manakala ibu yang melahirkan akan menginsafi apa yang telah berlaku serta kembali ke pangkal jalan dan meneruskan kehidupan mendatang.
Ibu yang melahirkan bersama-sama keluarga angkat melalui prosedur
'pengangkatan' dihadapan Pesuruhjaya Sumpah, disaksikan oleh Pn Soleh,
(bertudung kuning) Pengurus RS Johor. 
Bayi lelaki ke sepuluh RS Johor, berusia dua minggu, bersama-sama
salah seorang ajk dan sukarelawan RSJ, Pn Siti Fatimah, sejurus sebelum
diserahkan kepada keluarga angkat.
PENYERAHAN KE 10
Posted by
ummunad
at
Friday, December 4, 2009
0 comments:
Post a Comment