Raudhatus Sakinah Johor

Pusat Perlindungan dan Bimbingan Remaja Puteri

Lawatan dan Sumbangan dari Pelajar MARSAH

24 Ramadan 1432 H. Ramadan menunggu saat untuk melabuhkan tirainya. Peluang menggandakan amalan di sepuluh malam (hari) terakhir ramadan digunakan sebaiknya oleh umat Islam. Peluang ini juga telah dimanfaatkan oleh sekumpulan pelajar-pelajar dari Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) untuk memberi sumbangan dan mengadakan lawatan ke Raudhatus Sakinah Johor. Rombongan ini terdiri daripada:


Kakitangan MARSAH (Bahagian Hal Ehwal Pelajar)

1. En. Mohd Fadzly Bin Fatkhorrahman (Pegawai Hal Ehwal Pelajar)
2. EN. Mohammad Faiz Bin Mastam (Pem. Tadbir)
3. En. Mohd Shafidin Bin Salleh (Pemandu)

dan juga ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa MARSAH (MPMM)

1. Mohd Firdaus Bin Rashid (YDP)
2. Mohd Firdaus Bin Ismail (Exco Akademik & Pendidikan)
3. Mohd Azamudin Bin Zainal (Exco Dakwah & Kepimpinan)
4. Shafizal Bin Jamal (Exco Penerbitan & Informasi)
5. Nor Azlin Binti Hassan (Timbalan YDP)
6. Nazatul Haya Binti Mohd Taman (Bendahari Agung)
7. Nurul Nadhira Binti Saadon (Timbalan Bendahari Agung)
8. Raja Nurul Ain Binti Raja Nazol Azhar (Exco Dakwah & Kepimpinan)
9. Nur Najiha Binti Abd Ghafar (Exco Kesenian, Kebudayaan & Sukan)
10. Miss Sufainee Masu ( Exco Kebajikan & Penempatan)

Seawal jam 3 petang rombongan ini telah sampai di Raudhatus Sakinah dengan membawa bersama sumbangan wang tunai berjumlah RM570.45




Kemudian para pelajar ini mengadakan aktiviti berbentuk indoor game bagi menyantuni para pelatih di Raudhatus Sakinah sebelum bergerak pulang pada jam 6 petang. Terimakasih kepada rombongan MARSAH. Semuga Allah mengganjari segala usaha yang telah dilakukan.





Sumbangan dari AmanahRaya Trustees Berhad


Bulan Ramadhan al-Mubarak ini telah membawa tuah kepada tiga buah rumah amal yang banyak berbakti di Daerah Johor Bahru apabila masing-masing menerima sumbangan sebanyak RM7781.70 daripada AmanahRaya Trustees Berhad. Rumah-rumah tersebut ialah Raudhatus Sakinah Johor iaitu sebuah rumah bimbingan remaja puteri, Rumah Barkat yang menempati anak-anak yatim, dan Baitul Maghfirah, sebuah pusat perlindungan mereka yang tidak bernasib baik berusia 2 tahun di Teluk Danga.





Satu majlis serba sederhana bagi menyampaikan sumbangan tersebut telah diadakan di Raudhatus Sakinah Johor di Kempas pada petang 19 Ogos 2011, yang dihadiri oleh delegasi daripada AmanahRaya Trustees yang datang dari Kuala Lumpur yang diketuai oleh Encik Zainuddin, Puan Salmah dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru, wakil ketiga-tiga rumah amal tersebut, serta para pelatih Raudhatus Sakinah sendiri.








Di dalam ucapan aluannya selaku tuan rumah majlis, Puan Sumilah Marto, Pengerusi Raudhatus Sakinah Johor telah memberikan penyampaian mengenai Raudhatus Sakinah dan aktivitinya. Beliau juga mengambil kesempatan memaklumkan penstrukturan semula penanggungjawaban Raudhatus Sakinah daripada Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) sebelum ini kepada Jawatankuasa Khidmat Masyarakat Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), serta memperkenalkan kedua-dua Yang Dipertua IKRAM Johor, Prof Dr Arshad Ahmad, dan Yang Dipertua JIM Johor, Prof Madya Ainullotfi Abdul Latif, yang turut hadir bersama.








Wakil Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru, Puan Salmah, mengalu-alukan sumbangan daripada pihak korporat bagi membantu badan-badan kebajikan. Seterusnya di dalam ucapannya pula, Encik Zainuddin daripada Amanahraya Trustees Berhad memberikan sedikit penerangan mengenai Amanahraya Trustees Berhad dan syarikat induknya Amanah Raya Berhad, yang sebenarnya dipunyai oleh Kerajaan Malaysia melalui Minister of Finance Incorporated. Menurut beliau memang sebahagian besar daripada keuntungan syarikatnya akan disalorkan kepada badan-badan kebajikan setiap tahun, dan pada tahun ini mereka telah memilih untuk menyumbang di Daerah Johor Bahru.








Selepas upacara penyampaian “mock cheque” oleh Encik Zainuddin kepada wakil ketiga-tiga rumah amal, para hadirin telah disajikan dengan montaj pendek mengenai Raudhatus Sakinah Johor, dengan klip-klip yang cukup mengharukan mengenai aktiviti dan kehidupan para pelatih di situ. Kemudiannya para tetamu juga dibawa melawat melihat sekeliling rumah tersebut, termasuk melihat dua orang bayi yang baru dilahirkan.









Sementara menantikan waktu berbuka, suatu majlis tahlil telah dilaksanakan dipimpin oleh Ustaz Mohd Sabree, yang diikuti oleh tazkirah ringkas Prof Dr Arshad Ahmad, Yang Dipertua IKRAM Johor, yang menekankan supaya kita melakukan amalan soleh secara berterusan walaupun sedikit.

















Majlis ringkas tersebut ditutup dengan berbuka puasa, solat Maghrib berjamaah dan makan malam bersama, menikmati juadah nasi kerabu istimewa yang disediakan oleh Pengurus dan para pelatih Raudhatus Sakinah Johor.

Qurban di Raudhatus Sakinah Johor

Rasulullah bersabda;

Maksudnya;

“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)


Para ulamak Islam telah bersepakat mengenai pensyariatan korban berdasarkan ayat dan hadis Rasulullah yang menyatakan bahawa amalan korban merupakan amalan yang paling Allah sukai di Hari-Hari ‘Eidul Adha, di mana binatang yang dikorbankan akan didatangkan di Hari kiamat sepertimana keadaan dan sifatnya ketika disembelih dan diletakkan darahnya yang telah diterima di sisi Allah, sebelum darah tersebut tumpah ke bumi. Korban juga merupakan sunnah yang telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS berdasarkan firman Allah;


Maksudnya;

“ Dan Kami tebus anak itu (Ismail) dengan seekor sembelihan (kibas) yang besar.” (Surah As-Soffaat : ayat 107)


Bersempena dengan kedatangan Eisul Adha 1431 yang lalu, ahli-ahli Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Bandaraya Johor Bahru telah melaksanakan ibadah Qurban di perkarangan Raudhatus Sakinah Johor pada tanggal 19 Nov 2010.


Banner Qurban IKRAM Bandaraya JB


Lembu 1 untuk diqurbankan


Lembu 2 untuk diqurbankan


Bersedia diqurbankan



Terimakasih kepada semua yang datang dalam majlis qurban tersebut. Muga segala bentuk amalan telah diterima di sisi Allah SWT.

Jalinan Mesra Ibu Bapa RS Johor

18 Julai 2010 jam 8.30 pagi bertempat di Pejabat JIM Desa Skudai telah berlangsung perjumpaan Jalinan Mesra antara ibubapa pelatih dan para petugas serta sukarelawan RS Johor . Perjumpaan ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara kedua-dua belah pihak. Beberapa keping gambar sebagai rakaman majlis:



Pengerusi RS Johor, Hjh Sumilah memberikan ucapan alu-aluan seterusnya berkongsi maklumat penting berkaitan dasar penubuhan RS dan beberapa panduan untuk ibu bapa lakukan selepas anak-anak tamat bimbingan.



Pengurus RS Johor, Pn Solihah pula memperingatkan kembali beberapa peraturan asas RS untuk dipatuhi oleh ibubapa bagi memudahkan proses bimbingan terhadap anak-anak.


Al Fadhil Ustaz Rifki Mydin dengan kupasan beliau tentang pendidikan anak-anak serta panduan dan doa bagi memudahkan proses bimbingan.



Sebahagian kaum ibu dan sukarelawan yang turut sama hadir.


Tiga dalam satu....video klip, sembang santai dan kudapan....menjalin mesra hubungan petugas dan tetamu.


Muga program seterusnya yang dirancang akan menjadi kenyataan dengan izin Allah jua....

Lawatan Pengerusi al Ihsan Sports


Lawatan Pengerusi al-Ihsan Sports dan ahli rombongan ke Raudhatus Sakinah Johor.



Jalinan Mesra HSA

10 Mac 2010 Raudhatus Sakinah Johor menerima kunjungan tetamu dari Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Sultanah Aminah (HAS), Johor Bahru. Rombongan ini diketuai oleh Timbalan Pengarah, Doktor Naimah.


Tujuan lawatan adalah untuk menjalin hubungan yang lebih erat antara pihak hospital dan masyarakat di samping ingin mengetahui lebih lanjut tentang aktiviti dan program yang dijalankan di Raudhatus Sakinah. Lawatan ini adalah merupakan sebahagian dari program Jalinan Mesra HSA.



Dr Naimah (berbaju kuning) bersama rombongan HSA dan ajk RS



Rombongan dari HSA sedang 'berkongsi' sesuatu dengan pelatih-pelatih RS

Kunjungan Pelajar UTHM



6 feb 2010, Raudhatus Sakinah Johor (RSJ) telah dikunjungi oleh lima orang pelajar Fakulti Pendidikan dan Teknikal UTHM, Batu Pahat Johor.

Kunjungan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan masalah seks rambang di kalangan remaja sekolah.

Kehadiran mereka disambut oleh Pengerusi dan Pengurus RSJ.

Tiga Dalam Satu


Wajah ceria Raudhatus Sakinah Johor terkini.



“….hijrah bermakna berubah dari suatu keadaan yang kurang baik kepada suatu keadaan yang lebih baik. Untuk menjadi baik dan hebat kita tidak perlu menjadi seperti orang lain. Sebaiknya gunakanlah kemampuan yang ada pada diri kita sendiri untuk mencipta kehebatan itu….”

Begitulah antara isi kandungan tazkirah yang disampaikan oleh Sdr PM Ainollotfi, YDP JIM Johor dalam majlis “tiga dalam satu” di Raudhatus Sakinah Johor, pada petang 23 Disember 2009.


Majlis ini diadakan sempena sambutan Maal Hijrah, juga bagi meraikan hari jadi pelatih-pelatih serta sebagai majlis perpisahan kepada beberapa orang pelatih yang akan menamatkan sesi bimbingan di sini.

Alhamdulillah walaupun di sebelah pagi hujan turun renyai-renyai, tetapi di sebelah petang cuaca begitu damai dan cerah secerah wajah-wajah pelatih dan petugas RS dalam majlis yang diadakan di perkarangan padang badminton Raudhatus Sakinah Johor.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam oleh Sdr M.Noor Daud semasa majlis berlangsung. Terimakasih daun keladi, lain kali tolonglah kami lagi…..



Sukarelawan membuat persiapan majlis.




Ajk Pengurusan dan warden santai menunggu ketibaan tetamu.





Pengerusi Raudhatus Sakinah Johor memberikan kata-kata aluan.




Sdr Ainollotfi dengan sesi tazkirah.




Ajk, sukarelawan dan pelatih bersama-sama mendengar tazkirah.




Hmmm....mana satu nak mula ni...nampak sedap belaka...




Pengurus RS Johor, Pn Solehah (kiri - sebagai Chef Cook) dengan kek coklat.




Yummy...yummy...enak dan berkhasiat....




Menjamu selera sambil bermesra........





Perut kenyang...hati girang...senyum pun panjang.....




Tiga sekawan...Ketua Wanita JIMJ, Pengerusi RS dan YDP...Berbincang dan merenung masa depan RS Johor...




Saat perpisahan ternyata memilukan....warden cuba memujuk....





Cameraman...apa yang diteropong tuh?.....





...Nah!...ini dia wajah cameraman kita .....



Terimakasih kepada semua yang hadir, YDP, Ketua Wanita, ajk pengurusan, para sukarelawan, khususnya Teacher Jamilah M.Yunus yang menaja makanan petang itu. Muga semua yang dilakukan merupakan amal-amal ikhlas yang akan dinilai di sisi Allah SWT.

KUNJUNGAN YB ROBIA KE RS JOHOR

RS Johor merasa berbesar hati menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor, YB Dr Robia Kosai diiringi En. Mohd Faizal Abu Bakar (Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru), Pn. Manisah (PA YB Robia) dan Cik Mawarni bagi meninjau sendiri hal ehwal berkaitan pengurusan RS Johor.

Mereka amat berpuas hati dan kagum dengan usaha yang dijalankan dan bersedia membantu dalam beberapa hal yang berkaitan dengan RS Johor, antaranya berkaitan pendaftaran RS Johor dan juga bantuan kewangan yang boleh disalurkan oleh JKM.



YB Robia dan En Faizal mendengar penerangan tentang RS



Pengurus RS Johor memberikan penerangan tentang pengendalian pelatih di RS Johor



Pengerusi RS Johor menjawab pertanyaan yang dikemukakan

Sumbangan

Raudhatus Sakinah beroperasi di bawah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Oleh itu segala perbelanjaan pengurusan adalah melalui derma dan sumbangan orang ramai.

Bagi yang ingin menyumbang, salurkan segala sumbangan anda ke akaun:

Pertubuhan Ikram Malaysia (Raudhatus Sakinah)

No Akaun: 01014010052939
BIMB


Segala Pertanyaan Sila Hubungi:

Puan Solehah Mat (Pengurus RS Johor)
019 7706142

MENGENAI RAUDHATUS SAKINAH

Raudhatus Sakinah adalah sebuah institusi bimbingan dan perlindungan yang menawarkan perkhidmatan bimbingan dan sokongan emosi serta pendidikan khusus untuk remaja puteri Islam. Institusi ini telah beroperasi secara rasmi pada Ogos 1998 di bawah pengendalian Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (WJIM) dan didaftarkan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993, Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Objektif Penubuhan Raudhatus Sakinah

1. Memberikan bimbingan dan sokongan moral, emosi serta pendidikan kepada remaja puteri yang memerlukan selari dengan tuntutan Islam.
2. Membantu remaja dapat membina semula keyakinan untuk meneruskan penghidupan yang sihat dan memberi manfaat kepada masyarakat.
3. Sebagai satu usaha kebajikan untuk masyarakat dan ummah ke arah menangani masalah gejala sosial di kalangan remaja.

Kategori remaja yang mengikuti bimbingan di institusi ini:

1. Berumur di antara 13 hinga 25 tahun
2. Beragama Islam dan warganegara Malaysia
3. Memerlukan sokongan, bimbingan dan perlindungan
4. Bebas dari penyakit kronik (AIDS dan Dadah)
5. Tiada kes undang-undang (boleh dipertimbangkan mengikut tahap)
6. Bersedia menjalani bimbingan mengikut tempoh yang telah ditetapkan
7. Bersedia mematuhi peraturan yang ditetapkan

Pelawat

Kalendar Islam

cbox


ShoutMix chat widget